Keterujaan saat berbuka puasa bukanlah satu-satunya nikmat bila berpuasa. Banyak ya perkara yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan untuk membuatkan anak sayang apabila bulan ini tiba dan rindu bila ia pergi.
#1. Membaca kisah-kisah Nabi
Jadikan ia rutin, bermula pada malam pertama ramadan, selepas selesai tarawih bacakan satu kisah Nabi yang menarik untuk dikongsi. Kisah-kisah Nabi memang sarat dengan teladan dan bagusnya, ia bukan kisah dongeng. 100 peratus kisah benar yang cukup menarik!
#2. Libatkan anak-anak ketika persiapan berbuka
Waktu yang paling ditunggu-tunggu anak-anak adalah ketika berbuka puasa. Segala juadah menarik akan terhidang, jadi jadikan momen ini untuk anda bersama mereka menyediakan juadah berbuka.
Berikan mereka kuasa untuk memilih satu menu juadah berbuka. Dengan itu anak akan berasa lebih dihargai malah buat mereka teruja untuk berpuasa. Untuk anak-anak yang lebih kecil pula, pilih hidangan pencuci mulut kegemaran mereka.
#3. Bersedekah seperti infaq makanan kepada yang memerlukan
Pilih satu hari untuk anda bersama keluarga menyediakan juadah berbuka puasa untuk diinfaq. Tidak kisah sama ada untuk diberikan kepada masjid, jiran-jiran atau insan yang lebih memerlukan.
Jelaskan kepada anak-anak tujuan melakukan infaq dan wujudnya orang yang serba kekurangan. Walaupun ia seeloknya diamalkan di bulan-bulan biasa pun, namun di bulan Ramadan adalah waktu tepat untuk mengajar anak-anak berbuat kebaikan demi pahala yang berganda.
#4. Membuat kuih raya bersama
Sewaktu kanak-kanak tiba waktu membuat kuih raya adalah paling seronok sekali. Pelbagai kuih nak ibu buatkan. Walaupun kini kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli, lagi seronok kalau dapat buat sendiri satu atau dua jenis kuih.
Aktiviti ini buat mereka rasa lebih seronok untuk membuat persediaan Aidilfitri nanti, macam-macam mereka boleh lakukan di bulan Ramadhan. Sambil beribadah sambil itu melakukan aktiviti bersama keluarga.
#5. Ajar anak berkongsi
Berkongsi ini patut didik sejak anak kecil lagi, paling awal mulakan di usia mereka 2 tahun. Makin anak membesar makin mereka lebih faham konsep berkongsi, yakni berkongsi ini bukan saja bersama keluarga dan rakan-rakan malah juga bersama orang yang lebih memerlukan.
Waktu ini juga anda boleh ‘spring clean’ baju raya anak-anak yang masih elok namun tidak lagi muat dipakai.
Apa yang lagi menarik Similac Intelli-Pro mengadakan kempen Tukar Kongsi. Ia menggalakkan anak-anak untuk menderma baju-baju yang masih elok kepada orang yang memerlukan.
Untuk maklumat