Tetapkan Nilai Kebaikan & Keperibadian Tinggi Dalam Anak Mama Bersempena Bulan Mulia Ini

Banner
Banner
Banner
Tags:

“Seronok tengok anak Siti tu, sopan je lalu depan kita ni. Pandai Siti ajar,”.

Mak mana je yang tak tersipu malu apabila terdengar pujian sebegitu? Lagi-lagi dalam zaman yang serba moden ini.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mak ayah sendiri harus didik dan membina personaliti anak-anak sejak mereka kecil. Jangan harapkan guru-guru di sekolah sahaja. 

Dengan didikan ibu bapa, persekitaran yang baik, dan juga nutrisi yang betul dapat membantu perkembangan mental dan fizikal anak yang masih membesar.  

Bersempena dengan bulan mulia ini, berikut merupakan antara nilai murni yang harus diterapkan dalam diri anak-anak:

 

1.  Didik anak-anak berpuasa dan tingkatkan amal ibadah bersama-sama

Gunakan peluang bulan Ramadan ini dengan ajak anak-anak berpuasa, memperbanyakkan ibadah solat, dan membaca Al-quran.

 

Anak-anak belajar daripada apa yang mereka lihat. Jadi, Mama Papa boleh gunakan peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah di rumah dan ajak mereka lakukannya bersama-sama.

2.   Bersedekah bersama anak-anak

Selain daripada itu, Mama Papa juga boleh meningkatkan sedekah jariah dengan memberi makan kepada orang yang berpuasa, atau sedekahkan pakaian yang masih elok tetapi sudah tidak dipakai kepada mereka yang memerlukan. 

Biarkan anak-anak Mama hulurkan pakaian, duit atau makanan untuk bersedekah itu kepada individu yang memerlukan dengan sopan. 

Ini secara tidak langsung akan meningkatkan pemahaman mereka mengenai sedekah atau bantuan, dan juga sifat sopan santun sesama manusia.

 

3.   Salam-bersalaman dengan yang lebih tua

Dalam pada itu, sifat nilai murni yang diterap dari rumah pasti akan meningkatkan rasa hormat anak-anak pada mereka yang lebih tua.

Didik anak-anak untuk bersalaman, melemparkan senyuman, dan memberi salam kepada mereka yang lebih berusia, terutamanya semasa Raya nanti. 

Walaupun tiga perkara ini sangat mudah, namun, semakin sukar untuk melihat anak-anak melakukannya dalam zaman serba moden ini.

4.   Menerima nilai duit raya dengan hati yang terbuka

Apabila tibanya Syawal, pesan pada anak-anak untuk bersalaman, melemparkan senyuman, dan ucapkan terima kasih apabila menerima duit raya. 

Dan yang paling penting, jangan terus buka sampul duit raya dihadapan pemberi, serta elakkan daripada berkata yang tidak baik tentang nilai duit raya yang diberikan. 

Terima dengan hati terbuka dan ukirkan senyuman dengan mengucapkan terima kasih kepada pemberi. 

Tampak biasa, namun, sifat sopan santun begini yang akan memberi impak positif kepada yang melihat. Siapa tak seronok tengok anak-anak dengan nilai murni dan kebaikan yang hebat bukan?

5.   Elakkan pembaziran dan pilih sumber makanan yang betul

Selain itu, didik anak Mama dengan hanya memilih makanan dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang semasa berpuasa dan juga hari raya.  

Adalah lebih baik untuk menjamah makanan mengikut sunnah yang disarankan. Iaitu berbuka dengan kurma, dan hanya makan sekadar perlu.

Bimbing mereka mengenai pemakanan yang betul, terutamanya semasa berpuasa agar hari-hari mereka kekal sihat dan bertenaga.

Selain itu, Mama boleh cuba berikan anak Mama susu yang penuh nutrisi setiap hari seperti Similac® Intelli-Pro®. Tak kisahlah anak-anak Mama berpuasa atau tidak. 

Mulakan hari mereka dengan segelas Similac® Intelli-Pro® untuk perkembangan dan keperibadian tinggi anak Mama.

Bagaimana Similac® Intelli-Pro® Dapat Membantu Dalam Perkembangan & Keperibadian Anak Mama?

Tahukah Mama, penyerapan nutrisi sepenuhnya penting semasa tahun-tahun awal perkembangan kanak-kanak untuk menyokong perkembangan kognitif mereka secara keseluruhan. 

Selain daripada didikan yang perlu diterapkan di atas, nutrisi yang baik juga merupakan salah satu faktor asas bagi ibu bapa yang ingin membesarkan anak-anak serba boleh. 

Ini adalah kerana penyerapan nutrisi optimum(1) penting dalam diet harian mereka dapat membantu menyokong perkembangan kognitif mereka.

Dan dari perkembangan kognitif yang baik, ia akan memberikan pengalaman yang positif di mana anak-anak akan menggunakan kepintaran mereka untuk sentiasa melakukan kebaikan terutamanya semasa Ramadan dan Syawal ini. 

Similac® Intelli-Pro® merupakan susu rumusan kanak-kanak dengan campuran minyak sayuran yang unik iaitu UVOB-unique vegetable oil blend yang mengandungi minyak bunga matahari yang kaya dengan asid oleic, minyak kacang soya dan minyak kelapa; bagus untuk penyerapan nutrien optimum seperti DHA dan 7 nutrien penting. 

Campuran minyak sayuran unik (UVOB) ini juga menggalakkan kandungan dan kepadatan mineral tulang yang lebih tinggi serta menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap dan najis yang lebih lembut. 

Kandungan DHA serta 7 nutrien penting termasuk Omega 6, Kolina, Asid Folik, Zat Besi, Taurina, Vitamin B12 dan Zink pula merupakan nutrisi asas bagi tahap kognitif yang lebih baik.

Similac® Intelli-Pro® juga kaya dengan tahap asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang lebih tinggi untuk menyokong perkembangan kognitif si manja. Kandungan prebiotik dalam susu rumusan kanak-kanak ini pula berfungsi sebagai serat makanan dan bertindak membantu persekitaran usus yang baik.

Apabila Mama konsisten berikan Similac® Intelli-Pro® ini pada si manja, Mama dapat melihat bagaimana ia bantu menggandakan kebaikan dalam diri mereka; dari minda turun ke hati gitu. 

Mama boleh mendapatkan sampel PERCUMA di SINI atau di kedai-kedai runcit di seluruh negara, Shopee atau Lazada.

Rujukan: 

  1. Penyerapan nutrien yang optimum merujuk kepada penyerapan lemak, DHA, kalsium dan sebagainya, berbanding dengan formula lain tanpa campuran minyak sayuran yang unik. Rujukan: Nelson et al. (1998), Leite et al. (2013) & de Souza et al. (2017)

MAL.2024.47236.SIM (Exp. 03/2026)

Artikel asal diterbitkan di KelabMama.com https://www.kelabmama.com/nilai-kebaikan-keperibadian-tinggi-dalam-anak/