Bagaimana Menyokong Sistem Imuniti Anak Anda

Bagaimana Menyokong Sistem Imuniti Anak Anda

Banner
Banner
Banner

Ibu bapa pasti bimbang apabila anak mereka selalu jatuh sakit dan mengganggu tumbesaran. Nutrisi Lengkap dan Seimbang PediaSure® mengurangkan hari sakit untuk lebih banyak hari membesar1.

Tiada Lagi Hari Sikit

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak mendapat nutrisi seimbang mempunyai imuniti yang lemah, lebih terdedah kepada jangkitan dan kuman, menyebabkan mereka selalu jatuh sakit2.

Anda boleh meningkatkan imuniti anak anda dan berada di landasan yang betul untuk tumbesaran dengan mengamalkan pengambilan nutrisi yang tepat.

Nutrisi Lengkap Dan Seimbang Menyokong Tumbesaran Baik

Tahukah anda, tahap nutrisi yang diperolehi anak anda adalah salah satu faktor utama dia jatuh sakit, sekerap mana dia sakit, berapa lama, dan apa komplikasi yang timbul daripada penyakit itu?

Nutrisi yang lengkap dan seimbang datang daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar; daging, ikan, dan telur yang membekalkan protein; serta karbohidrat yang baik setiap hari. Anak anda juga memerlukan Vitamin C untuk membina sistem imuniti; bahan antioksida daripada buah beri (buah beri biru terutamanya) juga membantu. Zink pula diperlukan untuk melindungi daripada jatuh sakit dan untuk lebih cepat sembuh. Sentiasa pastikan anak anda minum air yang mencukupi.

Jika anak anda tidak mendapat nutrisi lengkap dan seimbang, anda boleh memilih untuk memberinya PediaSure® yang diformulasikan untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral. PediaSure® terbukti secara saintifik untuk mengurangkan hari sakit sehingga 74%1.

Tidur Yang Mencukupi Setiap Malam

Kanak-kanak memerlukan tidur selama sembilan hingga sepuluh jam setiap hari supaya sel-sel mereka diperbaiki dan dihasilkan semula3. Apabila kita tidur, sel-T diperlukan untuk melawan virus selesema dan meningkatkan pengeluaran dan penurunan radang sitokin4. Selesema di kalangan anak kecil boleh dikurangkan apabila dia tidur. Ia juga akan membantu dia pulih dengan cepat apabila dia jatuh sakit5.

Untuk memastikan anak anda cukup tidur, tetapkan rutin tidur supaya mereka mengamalkan tidur pada waktunya. Kurangkan gangguan ketika tidur - keluarkan mainan atau tablet digital dari jangkauan mereka pada waktu malam.

Kekalkan Kebersihan Yang Baik

Anda boleh membantu menyediakan persekitaran yang selamat dan bersih untuk anak anda supaya dapat dijauhkan daripada kuman dan bakteria. Sebagai contoh, pastikan anak anda membasuh tangan dengan sabun apabila ke bilik mandi dan sebelum mengendalikan makanan. Pastikan rumah anda bersih supaya bakteria tidak berpeluang untuk membiak. Kerap membuang makanan lama dari peti sejuk dan elakkan membawa anak anda ke tempat yang terdapat wabak penyakit.

Pilihlah Gaya Hidup Sihat

Aktiviti fizikal atau senaman adalah cara yang berkesan untuk membantu memperbaiki sistem imuniti anak anda. Senaman memberi peluang untuk pergerakan, yang dapat meningkatkan sistem imuniti menerusi peningkatan sel darah putih dan aliran oksigen yang membunuh bakteria6. Senaman juga melengahkan hormon tekanan yang mengurangkan peluang jatuh sakit7.

Kehidupan Kanak-kanak Sihat Lebih Riang

Imuniti kanak-kanak sangat penting kerana mereka memerlukan kesihatan untuk belajar di sekolah, bermain dengan anak-anak lain, dan membesar secara optimum. Jika menjadi amalan, imuniti anak anda lebih mudah ditingkatkan. Ambil peduli dengan pemakanan dan tabiat anak anda hari ini.

RUJUKAN:
1 Huynh DT Et Al. J Hum Nutr Diet. 2015;28:623-35. Complete Nutrition With High Protein, Calcium, Vitamin D, Iron & Source Of Zinc. As Part Of Daily Diet. Individual Results May Vary)
2 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9250133
3 https://www.parents.com/health/healthy-happy-kids/the-7-reasons-your-kid-needs-sleep/
https://academic.oup.com/cid/article/46/10/1582/294025
4 https://www.webmd.com/sleep-disorders/features/immune-system-lack-of-sleep#1

Discover our products 

Related Articles