PediaSure Vanilla
- Main Image
-
- Subtitle
- 1-10 Tahun
- Title
- PediaSure® Vanila
- Detail Page Path
Pembelajaran melalui teknologi itu bagus, tapi jangan biarkan anak anda habiskan banyak masa di depan skrin. Apa kata anda cuba aktiviti-aktiviti berikut yang baik untuk perkembangan anak anda.
Mudah tetapi versatil. Ajar anak anda untuk mengangkat bola dan meletakkannya ke dalam bakul. Atau, anak anda boleh membaling, menggolek, dan menendang bola di taman untuk meningkatkan skil pergerakan mereka.
Bawa anak anda keluar bermain dengan larutan sabun dan beberapa peniup belon dengan saiz berbeza. Anak anda bukan sahaja mendapat senaman fizikal, malah ia juga meriangkan.
Adakan pesta tarian di rumah dengan anak kecil anda. Nyanyi bersama-sama dengan lagu kanak-kanak yang biasa dinyanyikan mereka. Jika anak anda masih belum mampu berdiri, dukung mereka sambil menari dengan muzik.
Kanak-kanak suka membantu di taman. Ajar anak anda untuk menyiram tumbuh-tumbuhan setiap hari dan untuk menghapuskan makhluk perosak. Anak anda akan belajar bagaimana tumbuh-tumbuhan hidup sambil menjaganya setiap hari.
Berkunjung ke zoo dengan anak anda memberinya pengalaman sambil belajar. Melihat singa atau zirafah buat kali pertama akan memberi kesan kepada anak anda, dan mereka akan bercerita tentangnya berhari-hari. Ini akan mencetuskan rasa ingin tahu mereka untuk belajar.
Aktiviti yang paling sesuai di dalam rumah (atau luar rumah) untuk anak anda. Sediakan dua tab mandi; satu diisi dengan sabun dan satu lagi dengan air. Ia bukan sahaja aktiviti yang menyeronokkan untuk anak anda, ia juga membersihkan kuman yang tersorok pada mainan.
Pilih hari bersesuaian dan pergi berkelah dengan anak anda. Sediakan makanan ringkas seperti sandwic, kerepek, biskut, dan minuman. Ia adalah permulaan untuk anak anda meneroka dunia luar.
Biarkan anak anda membantu anda menyediakan hidangan di dapur. Ajar anak anda mencuci sayur atau biarkan dia memukul telur. Ia adalah satu peluang yang baik untuk anak anda bermain sebagai pembantu chef.
Senaraikan barangan untuk disembunyikan di sekitar rumah. Berikan petunjuk (secara bertulis atau lukisan) kepada anak anda untuk mereka cari.
Sebagai ibu bapa, anda tentu bimbang apabila anak anda melangkah keluar dari rumah. Walaupun lawatan belajar adalah cara menyeronokkan dan interaktif untuknya belajar, anda ingin memastikan anak anda selamat sambil mendapatkan pengalaman terbaik. Di sini adalah beberapa cara untuk membantu menyediakan anak anda untuk lawatan sambil belajar.
Tanyalah guru anak anda mengenai pakaian yang sesuai untuk lawatan belajar. Pilih pakaian bersesuaian dengan cuaca dan aktiviti, dan yang selesa untuknya. Contohnya, jika anak anda perlu berada di auditorium, pastikan dia memakai pakaian tebal.
Tanyalah guru anak anda mengenai pakaian yang sesuai untuk lawatan belajar. Pilih pakaian bersesuaian dengan cuaca dan aktiviti, dan yang selesa untuknya. Contohnya, jika anak anda perlu berada di auditorium, pastikan dia memakai pakaian tebal.
Di mana saja anak anda pergi, pasti ada peraturan untuk dipatuhi. Beritahunya kelakuan yang sesuai untuk lawatan tersebut. Bantu anak anda memahami apa yang dimaksud dengan “tidak boleh” seperti menyentuh pameran muzium, bercakap dengan orang yang tidak dikenali, atau berlari di ruang awam. Apa yang paling penting, ingatkan anak anda untuk mengikut guru atau petugas dan/atau rakan dalam kumpulan, dan sentiasa bersama kumpulan itu.
Pek bersama-sama anak anda supaya dia tahu apa di dalam begnya. Pastikan mereka membawa botol minuman sekiranya anak anda berasa haus. Jika perlu, ingatkan guru untuk memastikan anak anda sentiasa terhidrat. Sertakan sekali snek berkhasiat sekiranya dia berasa lapar. Cuba resipi snek bertenaga ini: 1) Campurkan oat, bijirin, buah-buahan kering, kekacang, dan bijian ke dalam mangkuk besar. 2) Campurkan koko, mentega kacang, dan madu di atas api sederhana dalam periuk kecil. 3) Angkat dari api dan campurkan PediaSure® sehingga sebati. 4) Tuangkan campuran ke atas bahan-bahan kering dan gaul hingga rata. 5) Biarkannya sejuk dan bulatkannya adunan menjadi bola sebesar aprikot. 6) Simpan dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.
Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak tenaga dalam lawatan sambil belajar - berjalan di taman atau bermain apabila mereka berpeluang. Mulakan harinya dengan sarapan berkhasiat yang merangkumi semua kumpulan makanan: karbohidrat, protein dan lemak. Atau, berikan anak anda segelas PediaSure® yang mengandungi 25 vitamin dan mineral penting untuk menambah pengambilan tenaga mereka.
Anda boleh mengawal makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak. Berikan anak anda hidangan yang pelbagai dan seimbang1.
Ibu bapa pasti bimbang apabila anak mereka selalu jatuh sakit dan mengganggu tumbesaran.
You are about to exit for another Abbott country or region specific website.
Please be aware that the website you have requested is intended for the residents of a particular country or region, as noted on that site. As a result, the site may contain information on pharmaceuticals, medical devices and other products or uses of those products that are not approved in other countries or regions.
The website you have requested also may not be optimized for your specific screen size.
Do you wish to continue and exit this website?
Stay Connected